Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana
pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara
dedaun menghijau yang bergoyang-goyan g diterpa angin.
Apa khabar daun hijau, katanya.
Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang
Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?
tanya daun hijau.
Aku hampir tidak mendapatkan dedau
nan untuk makananku.
Bolehkah engkau membantuku sahabat?kata ulat kecil.
Tentu.. tentu.. dekatlah kemari. Daun hijau berfikir, Jika aku
memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku
akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-
lubang. Tapi tak apalah.
Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.
Setelah makan dengan kenyang ulat berterimakasih kepada daun
hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si
ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang
penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun
hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia
bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.
Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau
menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah,
disapu orang dan dibakar.
Moral:
Apa yang terlalu berarti di hidup kita sehingga kita enggan
berkorban sedikit saja bagi sesama? Nah akhirnya semua yang
ada akan mati bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika
sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan
seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta
tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain
dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri.
Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama
memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita
sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu
sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau,
Tuhan akan tetap memberkati dan memelihara kita.
Bagi daun hijau, berkorban merupakan sesuatu perkara yang
mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia
melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia
lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak
akan selamanya tinggal sebagai ¢daun hijau. Suatu hari ia akan
kering dan jatuh.
Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian
kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-
perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan,
kesabaran dan kerendahan hati.
Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan
membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban
dalam banyak perkara.
Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi
mereka,memberik an apa yang kita punyai dan masih banyak lagi
pengorbanan yang dapat kita lakukan.
Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang
menerima kebaikan orang atau menjadi daunhijau yang senang
memberi.
Edit Post
Ditulis oleh:
Ako Ambardi -
Jumat, 02 November 2012 - Rating:
4.5
Terima kasih sudah membaca artikel kategori Renungan
dengan judul Kisah Ulat dan Daun Hijau | Renungan. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://zonaunikdunia.blogspot.com/2012/11/kisah-ulat-dan-daun-hijau-renungan.html. Jangan lupa share ke teman-teman ya.